22.5.11

put oneself in someone else's shoes

bahasa melayunya kira macam kita rasa lah apa yang orang tu rasa

entah,tiba-tiba hati tergerak nak buat entri ni
okay sejujurnya isi dalam entri berkaitan la jugak dengan result exam baru-baru ni
(bagi budak matrik macam aku la)
tak semua orang dapat apa yang dia nak
ada yang dapat result okay,ada yang tak okay
kadang-kadang rasa bersalah jugak kalau tanya kat someone tu,
result dia tak macam yang dia harapkan
in other words,result dia tak okay la kan
sangat tak reti nak jawab apa.yang biasa aku jawab,insya Allah ada hikmah tuu

mungkin ada orang cakap,
alah kau boleh la cakap macam tu,result kau okay
alhamdulillah kali ni Allah izinkan diri ini berjaya,
walau tak cemerlang macam orang lain
aku rasa aku boleh cakap macam tu
sebab aku pernah rasa apa yang korang rasa
aku pernah rasa kegagalan yang amat,
yang aku rasa aku macam tak mampu nak bangun lagi
sedih nya tak payah cakap la

result SPM..mungkin bagi sesetengah orang,tak berapa penting kot
tapi bagi aku,being in a great school dulu
dikelilingi dengan top scorer
siapa tak sedih kan kalau tak dapat result gempak?
bukan nak bangga,tapi kenyataan
kawan-kawan sekolah dulu majoritinya scholarship holder,bakal pergi oversea
dan aku?stuck in here,dengan upu pun tak dapat
harapan untuk sambung belajar hanyalah matriks
tu lah satu-satunya harapan yang aku ada

sangat depressed bila tengok orang lain,mcm diorang dah ada future yang bright
seriously,macam nak give up je rasa
tapi Allah maha hebat,Dia pinjamkan kekuatan untuk aku
dan aku tak sangka,aku boleh ada kekuatan macam tu untuk study hard dekat matriks
baru aku sedar,kat sekolah dulu aku bukan belajar sangat pun
hehe.time prep buat homework bukan buat revision pun
dekat matriks barulah aku rasa,betapa susahnya kita kena berkorban untuk berjaya
Dia maha adil,macam dalam ayat surah al-insyirah yang kita biasa dengar
selepas kesulitan,ada kesenangan :)




tapi ada jugak yang cakap,
dulu aku dah frust,sekarang pun aku frust lagi
sampai bila nak macam ni?
another verse of ayat quran yang kita biasa dengar jugak
"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri"

usaha mesti datang dari kita sendiri,dan jangan lupa bertawakkal
dan jangan lupa. SET PRIORITY . ini penting ! :)
jangan berhenti berusaha
mungkin,usaha yang ada belum setimpal lagi


itu je la.banyak pulak membebel kali ni
toodles and assalamualaikum :)


20.5.11

comel kan kan kan

heyya people :)

haritu pergi pasar malam
dalam tengah jalan-jalan tu
ternampak satu budak kecik comel nie
around 4 or 5 years camtu laa
jalan dengan mummy dia
and guess what?
dia pakai kasut yang ada lampu-lampu kat belakng tuuu
comel nyaaa.hehe
ingatkan zaman-zaman aku dulu je ada.sekarang pun dah ada balik eaa?

so,cakapla dengan my mom

aku      : mama tengok budak tuu.kasut dia.hehe.comel comel."
mama  : alah,dulu along pun ada jugak kan?hentak-hentak kaki macam apa je bila tak dapat kasut tu.apa agaknya entah perasaan bila dapat.
aku      : errrrrr. -.-

nak tahu apa perasaan dia?
aku rasa macam satu kejayaan je bila pijak kasut tu,keluar lampu-lampu.heeee

korang yang baya-baya aku kat luar tu,
ada jugak ke kasut macam ni dulu?
ke aku sorang je yang freako? -.-


kasut nieee.cantik kan?

hehe.okaylah,toodles and assalamualaikum :)


p.s : result,alhamdulillah ^^

10.5.11

10 may 2010,kolej matrikulasi melaka :)

welcome to kolej matrikulasi melaka
located on kampung londang :)



first time datang,
three days before hari pendaftaran sebab surat tak sampai kat rumah aku
hoyy gila ke takda surat,aku nak sambung belajar kat mana lagi kalau bukan kat sini.
tapi tengok tahun ni macam lain je siap ada kena print segala bagai lah

okay lupakan.
sebelum datang sini aku memang dah tahu yg KMM adalah first matriks kat malaysia
bukan nombor satu,tapi matriks tertua.hehe
tapi kalau nak kata nombor satu pun boleh kut :p
so macam dah boleh agak bangunan dia macam mana
tapi tak kisah pun sebab kat asrama dulu pun bangunan veteran jugak

minggu orientasi?
erghhhh.tak best kot sebab aku dah la tingkat empat
kena rush turun bawah pulak pagi-pagi
berkumpul pulak dekat astaka yang jauh gilaaaaaa
tak aci sebab astaka dekat dengan blok BOYS
surau pun dekat gila dengan diorang
haihsss.takpa :) surau jauh,pahala insya Allah banyak.ehe
pastu kena pulak pakai tudung bawal warna transparent.hehe.sebenarnya warna krim
boleh tengok macam dalam gambar kat bawah.

yang ni boleh lama-lama sikit.hehehe

group orientasi yang macam LDK tu kena ikut class@praktikum
so my class adalah jurusan sains fizikal yang aku memang tak rela nak further
nak jadi engineer?oh bukan jiwaku laaaa
dan kebetulan geng-geng sekisas majoriti dapat jurusan yang sama jugak
kami beramai-ramailah tukar jadi sains hayat sebab masing-masing
nak jadi doktor muslimah.ecece
maka,takda seorang pun dari kami yang ambik sains fizik
kecuali sorang muslimin niee.carilah sendiri.hehe

 with mentor,puan nik
biology labbbb <3

so,aku transform dari F2P3 kepada H3P5 :)
takdalah susah sangat pun proses nak tukar.leceh sikit jeee
dan saya rasa tak menyesal lansung ambik biology
tapi,kalau lah dapat drop maths.sangat heaven lahhhh oii.
banyak lagi nak cakap tapi aku pun dah boring nak tulis
orang pun mesti macam fed up nak baca kan?

enough talking,toodles and assalamualaikum

picture of the day :)))

p.s : post nie sebab terikut-ikut dengan budak UIA punya cerita orientasi lah nie.

2018 Resolutions

Assalamualaikum and Happy New Year everyone! I can't believe that I managed to write something in the very first page of new year....