Braces. Brace yourself :D

Seronok tengok mardhiah cerita pasal braces
details gila kot,ala ala dentist gitu explanation dia
saja nak cerita pasal braces jugak,
tapi bukan yg macam mar sbb i know nothing pun pasal barces
hahaha. main pakai je kot.

sedar tak sedar dah pakai tujuh bulan rupanya.
hais, orang cakap kalau pakai braces berat turun
badan pun susut. tapi saya....... erm. macam takde perubahan pong
yelah orang pakai braces makan berpantang
saya ni kalau boleh kerepek,jambu batu,sate segala saya hentam.

haaa,cenggitu nak kurus. kirim salam la kan
setakat ni soalan biasa ialah "Sakit tak?"
Itu jugaklah soalan yang biasa saya tanya sebelum pakai braces dulu.
sakit memang sakittt. tipu kalau tak
bayangkan lah kan gigi senget benget yang berceranggah nak ratakan balik T.T

setakat tujuh bulan pakai ni,
baru sikit progressnya.
baru empat batang gigi cabut
and and anddd Alhamdulillah gigi bawah dah rata sikit!
dah nampak perubahannya. Terima kasih doc.

pehtu setakat ni baru pakai empat warna
kelabu, turquoise, purple anddd the latest one
baru pakai semalam warna oren.
warna paling best setakat ni turquoise. funky. ah gitu

ya Allah banyaknya bebel. haha thanks kepada sesiapa yang baca
kepada sesiapa yang nak pakai braces
think twice,oh no. fikir seribu kali please.
kalau gigi teruk sangat,pakailah :)

and kalau semangat kuat nak tahan sakit dalam masa yang lama.
ini nasihat daripada orang yang dah menyesal sikit. toodles :D

Popular Posts