put oneself in someone else's shoes

bahasa melayunya kira macam kita rasa lah apa yang orang tu rasa

entah,tiba-tiba hati tergerak nak buat entri ni
okay sejujurnya isi dalam entri berkaitan la jugak dengan result exam baru-baru ni
(bagi budak matrik macam aku la)
tak semua orang dapat apa yang dia nak
ada yang dapat result okay,ada yang tak okay
kadang-kadang rasa bersalah jugak kalau tanya kat someone tu,
result dia tak macam yang dia harapkan
in other words,result dia tak okay la kan
sangat tak reti nak jawab apa.yang biasa aku jawab,insya Allah ada hikmah tuu

mungkin ada orang cakap,
alah kau boleh la cakap macam tu,result kau okay
alhamdulillah kali ni Allah izinkan diri ini berjaya,
walau tak cemerlang macam orang lain
aku rasa aku boleh cakap macam tu
sebab aku pernah rasa apa yang korang rasa
aku pernah rasa kegagalan yang amat,
yang aku rasa aku macam tak mampu nak bangun lagi
sedih nya tak payah cakap la

result SPM..mungkin bagi sesetengah orang,tak berapa penting kot
tapi bagi aku,being in a great school dulu
dikelilingi dengan top scorer
siapa tak sedih kan kalau tak dapat result gempak?
bukan nak bangga,tapi kenyataan
kawan-kawan sekolah dulu majoritinya scholarship holder,bakal pergi oversea
dan aku?stuck in here,dengan upu pun tak dapat
harapan untuk sambung belajar hanyalah matriks
tu lah satu-satunya harapan yang aku ada

sangat depressed bila tengok orang lain,mcm diorang dah ada future yang bright
seriously,macam nak give up je rasa
tapi Allah maha hebat,Dia pinjamkan kekuatan untuk aku
dan aku tak sangka,aku boleh ada kekuatan macam tu untuk study hard dekat matriks
baru aku sedar,kat sekolah dulu aku bukan belajar sangat pun
hehe.time prep buat homework bukan buat revision pun
dekat matriks barulah aku rasa,betapa susahnya kita kena berkorban untuk berjaya
Dia maha adil,macam dalam ayat surah al-insyirah yang kita biasa dengar
selepas kesulitan,ada kesenangan :)




tapi ada jugak yang cakap,
dulu aku dah frust,sekarang pun aku frust lagi
sampai bila nak macam ni?
another verse of ayat quran yang kita biasa dengar jugak
"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri"

usaha mesti datang dari kita sendiri,dan jangan lupa bertawakkal
dan jangan lupa. SET PRIORITY . ini penting ! :)
jangan berhenti berusaha
mungkin,usaha yang ada belum setimpal lagi


itu je la.banyak pulak membebel kali ni
toodles and assalamualaikum :)


Comments

  1. yerp, sangat stuju , mira dah form 5, nak spm, kawan2 memang top2 la result ,, mira punya xde la power sangat ,, rendah la klu nak dibandingkan dengan dieorang, memang rasa macam apa yang akak rasa, tapi kadang2 mira cakap, dieorang usaha mesti lebih, mungkin mira tak usaha selebih mereka? so, mereka patut dapat apa yang mereka patut. so, mira kena usaha lebh lagi la kan klu nak score macam dieorang? (: tak pe, klu kita usaha, tapi tak ada rezeki, kita cuba lagi kan. insya-Allah kita akan berjaya jugak nanti . aminn

    ReplyDelete
  2. result gempak ler ni...? hehhe
    pqa aku sokong kau! ^^

    ReplyDelete
  3. exactly, eyqa. :D

    ReplyDelete
  4. ada,

    hehe.belajar wat entry serius

    mira,

    kenapa takleh bukak profile awak eh?
    yeah.jgn give up okay!
    kalo belajar lebih.result mesti lebih jugak :)

    muezz,

    kuang hasamm
    result aku biasa jeee

    qutham,

    :)

    ReplyDelete
  5. eyqa~
    sweet talking~~
    suke sgt~

    ReplyDelete
  6. Memang pun yang Allah tahu yang terbaik untuk kita

    Dan aku memang percaya ayat ni 'Allah bagi apa yang diusahakan'

    Belajar+buat baik+ doa ( tu kan usaha )

    Aku masa sem 1 pernah jatuh, yang lagi la rasa taknak tengok org . sebab aku pling bawah

    then i realize , aku mmg percaya Allah bg apa yang kita usahakan

    Like my dad said ' u may be the worst but u are not out ' so chin up move forward bebeyh

    ReplyDelete
  7. Rasa mcm Allah gerakkan hati kau untuk tulis entry ni supaya aku baca
    :)

    Ohh, setuju
    Semua aku suka :)

    Kena pada masanya
    Dan soalan2 tu sume aku tanya kt diri aku

    Iqaaa, terima kasih

    ReplyDelete
  8. Anonymous23.5.11

    :) Sangat inspiring!

    ReplyDelete
  9. betol.
    aku setuju dengan iqa.. dan sari
    aku suka quote ayah ko
    "u may be the worst but u are not out"

    believe me,semua orang ada rezeki masing2 dan kepayahan masing2.

    buat preparation ke matrik ke asasi ke..sume ada pros n cons..

    takpenting dimana kita bermula yang penting dimana kita berakhir.

    p/s:: tunggu lagi post iqa yang inspired :D

    ReplyDelete
  10. :) sgt relevant. rezeki Allah kt mana2 pun ada, insyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts